Wednesday, October 27, 2010

MENUJU JALAN MU

Kadang aku terfikir jugak…betul apa yang dikata suamiku alam perkahwinan penuh dengan kebahagian…bukan aku menidakkan fakta tapi…ntahla…rahsia..
Perkahwinan bukan perkara yang senang…bukan sekadar menabur janji atau bicara manis…
Perkahwinan satu ikatan yang suci…penyatuan antara dua hati dan jiwa…dan ikrar cinta hingga ke hujung nyawa…

Aku percaya cinta yang sejati akan kekal sampai mati…cinta yang berakhir dengan perkahwinan adalah impian semua…betul cakap orang tanpa cinta kita takkan bahagia…Dalam perkahwinan kita memerlukan komitmen yang cukup tinggi bukan seperti ketika bercinta dulu komitmen bukanlah satu perkara yang penting buat kita…

Untuk jadi yang terbaik kita perlu berusaha kearah itu…jangan malas untuk menjadi apa yang kita inginkan…sebab itulah kita perlu tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini dan kitalah yang menjadi watak utama dalam mencorak cerita hidup kita…

Hiasi perjalanan hidup ini dengan iman dan amal….bersihkan hati dari segala hasad dan dengki…kita semua tahu tiada yang sempurna pada diri yang bergelar manusia tapi kita adalah khalifah di muka bumi ini…Doa dan Tawakkal pada apa yang telah kita usahakan…moga semuanya diredhaiNya..

Dan Aku sendiri walau ini sekadar tulisan..aku juga Menuju mencari Rahmat Dari-Nya.. Allah yang satu…

Amin….

percubaan pertama...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah ini percubaan petama dayat...
hope sumernya kan menjadi...