Tuesday, March 27, 2012

"Sahabat Sejati kekal Sampai Mati".

Salam semuanya...

agak-agaknyer dalam dunia ni wujud lagi tak sahabat sejati...
mesti lah wujudkan dan aku percaya setiap orang mesti ada sahabat sejati...
Aku paling suka dengan ungkapan "Sahabat sejati akan kekal sampai mati"
sweet sangat kan.....
Dulu masa time sekolah rendah aku ada ramai sangat kawan2 baik ni...sampai satu tahap kerana kamceng sangat kami gabung nama kami semua, punya la panjang...tapi aku pun dah lupa gabungan nama tu..Wazni,Idayu,Nor(aku),Salina,Wahida dan Zainun...hu hu
budak2 baru belajar masa ni..tapi bila dah abis sekolah rendah semua bawa haluan ke sekolah pilihan masing2...tapi antara kami ada yang masih berhubung sampai sekarang.
rindu sangat time budak2 ni...kami satu sekolah dan satu kelas gi sekolah pun sesama jalan kaki semua ikut jalan pintas..eii..meruntun hati teringat sangat kat mereka..

Masuk sekolah menengah kena la cari geng baru,masa ni sedikit mencabar kerana zaman sekolah menengah boleh dianggap zaman kejar glamor...ko pandai cari kawan glamer la ko..ha ha,ntah btul ntah tak tapi realiti cam tu la aku tengok...masa ni aku ada 3 je kawan yang sangat la best Wati,Raja dan Zila.. sebab kami ni bleh kata skima gak tapi gila-gila...tak kawan ngan budak lelaki,kaki library sebab 3 kawan aku ni pengawas perpustakaan...mau tak hari2 tercongak kat library sekolah tu..dalam kelas pun kami selalu bersama gitu sangat sehati sejiwa time ponteng kelas tambahan empat,empat sekali ponteng esoknya empat-empat kena rotan ngan cikgu matematik padan muka..ha ha.Masuk Form 4 Raja bertukar ke Sekolah teknik..ntah dia konon nak jadi engineer kot tapi last -last jadi cikgu bahasa melayu..tu la salah pilih course..memandangkan sekolah kami dekat jadi tak terpisahlah kami still gak bleh lepak sesama..
Dan bagi aku mereka semua ni adalah kenangan yang sangat indah untuk aku...gelak ketawa,tangis,suka duka,cabaran..semuanya kami pernah lalui bersama....