Friday, May 27, 2011

Dunia Sofiah Bhgn 2

Hari berganti hari…tak sedar anak gadis aku ni dah besar rupanya tahun depan dah bleh masuk tadika…

Skang ni pun hari-hari dia Tanya “ibu,bila yah nak skolah..yah nak gi skolah kat abe”..



Asalnya awal tahun lagi aku nak hantar dia skolah tapi..pa dia kata tak payah, bimbang anaknya kena buli ngan budak besar…bimbang betul papa dia masa tu…jadi skang yah n baby dok ngan pengasuh…

Skang hari-hari dia dok menghafal ABC…aku dengar dah betul dah tu…maklumlah tahun depan dah nak ke sekolah.

Kalau kat umah pengasuh, mak tok(panggilan untuk pengasuh) selalu cerita kat aku yah rajin betul tidurkan baby macam-macam lagu yang dia nyanyi termasuk lah berzikir kat baby…tapi kadang-kadang baby tak tido pun…sebab yah tak pandai hayun buaian…buat baby nangis adalah…sofiah..sofiah…



Sofiah ni tak besar mana pun,dia jenis yang bertubuh kecil dia ngan baby beza 2 kg je…baby yang baru 10 bulan tu dah 9 kg..tapi yah yang nak masuk 3 tahun tu baru 11kg…nak kata tak cukup makan dia kuat makan tau..senang layan dia makan…tak cerewet cam syahmi…yah paling suka sayur dan biskut…tapi yang tak tahan kalau biskut yg ada krim..krim je yang dia makan..sebab tu aku lebih suka bagi dia makan biskut yang tak berkrim…



Yah memang cepat merajuk…ada satu petang tu puas aku n papa dia mencari sofiah..ingat dia main kat taman prasekolah tapi rupanya dia kerumah teacher yanti & teacher hidayah…puas la papa dia pi pujuk suh balik..tapi tak nak…suka main ngan teacher yang rajin melayan…lama jugak la..sampai la dia nak minum susu terus teringat nak balik rumah…yang paling best teacher hadiahkan dia bear yang sgat comel kat dia…thanks teacher…terus yah tersenyum…hepi la tu..



Akhirnya...petang tu berjaya jugak la papa bawak sofiah balik...yeay..

Dunia Sofiah Bhgn 1

Love u so much darling……sofiah anak ke 2 ku…ini kisah yg ingin aku kongsi bersama kalian…

Dia dilahirkan pada 14 julai 2008, skg dah 2 thn lebih…dah petah bercakap biarpun pelat tu masih ada…suke menari…bercerita pasal hantu n miow (watak kucing yg direka dalam setiap story dia)

Dan sangat sensitive…maklumlah pompuan kan..cam ibunya gak…ha ha



Sofiah mengalami masalah penglihatan kerana mata kirinya juling…dan sekarang dia dah pakai cermin mata pun…setiap bulan dia perlu dirujuk pakar mata untuk pemeriksaan mata…kerana doctor nak pastikan mata kirinya boleh berfungsi…dan sofiah perlu memakai cermin mata tu untuk tempoh yg agak panjang dan mungkin sehingga dewasa…memang aku akui dia sangat rimas dengan speknya tu…sebab tu la ni dah masuk kali ke3 aku tukar spek dia…semuanya sebab dia patahkan speknya yg dulu-dulu…sofiah…sofiah…



Dia suka bahasakan dirinya yah…masa lum ada adik…aku panggil dia dik yah tapi bila dah ada adik aku ajar dia bahasakan dirinya kakak…tapi dia tak nak terus jgak dengan panggilan yah…



Paling best,dia dah start belajar iqra 1,tiap malam papa ajar dia ngan abang…tapi biasa la anak lelaki n anak pompuan ni tak sama…yah rajin skit ngaji…..sebab tu la dia mendahului abang dia…ha ha…



Satu lagi dia suka ikut ibu dia nyanyi…aku la tu…he he…lagu ni aku rekakhas buat baby…camni bunyinya..

“ala baby cantik..baby sangat cantik..anak sape cantik..anak ibu cantik…(versi perasan k…)”ni yang sofiah paling suke baby pun mesti tersengih je…bila kakak nyanyi lagu ni untuk dia…



alahai sofiah.....peace(^_^)