Tuesday, February 15, 2011

Growing Syahirah :)

mase ni di baru meniarap, dah pandai main-main ngan abang

Saja nak kongsi perkembangan baby aku ni…si adik syahirah yang makin membesar…
Best tau tengok anak membesar kat depan mata ni…
Sedar tak sedar dah 7 bulan pun dia….dah bleh merangkak tapi duduk masih perlu disokong takut tersembam muka kat lantai….
Bila dah pandai merangkak ni mulalah dia nak mengutip benda yang ada kat atas lantai, pantang tul terus ngap masuk dalam mulut…jadi sekarang aku lebih menjaga keadaan lantai kalu setakat mainan tak pe ni benda kecil2 tu bimbang kut tercekik..parah tu beb..
Tapi yang aku heran gigi dia tak tumbuh lg,…dah la dia punyer selera makan kan main lagi lapar jer..dah gigi takde susah nak kunyah..kalau tak kunyah nak telan pun payah…bimbang gak ngan system pencernaan dia…kot2 terganggu nanti sakit perut…ntah aku pun tak arif sangat tapi kalau nasi tu aku lenyek2 la dulu biar lembik n lembut untuk di makan…ha ha

ni plak ngah nak bukak tin biskut..ha ha

Baby aku ni tak berapa minat susu tepung…kat umah pengasuh je dia minum tu pun ala-ala je..
Tapi bila ngan aku, aku bagi fully breast feeding…cian dia takut tak dapat nutrisi yang cukup…
Rambut pun tak brape mesra nak tumbuh lagi….alahai baby ramai jugak yang tegur ingatkan baby boy..
Tapi ok jer nenek dia kate rambut jenis halus tu lambat skit tumbuh…tapi tak pe baby ibu comelkan…
Aku harap baby terus mambesar dengan jayanye…ibu n papa doakan yang terbaik untuk baby…abang dan juga kakak…

Saturday, February 12, 2011

Malam Berairnata.....


Malam tadi....aku tido bersaki baki ngan air mata...
sedih sangat...bukan kes rumah tangga atau anak2 ataupun masalah lain...
tapi hati aku cukup tersentuh pasal drama kat TV3 yang bertajuk " Ampunkan Aku"
lakonan Sheila rusly, Zamarul Hisham,Erim Malik dan Fauziah Nawi..
Mesti Ramai Yang tengok citer tu kan...
sedih memang sedih...aku siap andaikan aku ditempat dia...mampukah aku mengalas tanggungjawab seberat itu...dengan tomahan dan cemuhan orang...dan bisakah aku punya hati setabah hati nya...dan ikhlas dengan apa yang aku mulakan...

Isk..isk...sedih la...plak tu sebelum drama tersebut aku tengok rancangan Pilih Kasih
tema malam tadi tu "mailidurasul" kisah perjuangan Rasulullah Nabi Muhammad SAW.
airmata aku laju je mengalir....

lagi sehari kita nak sambut mailidurasul....
hopefully...ada sesuatu yang dapat aku kongsi disini nanti...
layan perasaan lagi...

Tuesday, February 8, 2011

DuHai HaTi.....

Duhai hati tenanglah…..
Duhai hati aku tak mahu terus berkeluh resah…
Duhai hati….aku tak mahu menangis…
Duhai hati…jangan terus kecewa…
Jangan di simpan dendam semalam….
Jangan terus terluka sengsara…

Duhai hati tenanglah….
Ingat kan kisah ketabahanmu yang lalu…
Bangkit dengan cinta di hatimu….

Duhai hati..
Biarkan kasih ini terus mekar….
Seperti waktu dulu…

Duhai hati….aku mohon lupakan semua kepahitan ini…
Senyumlah…..duhai hati….hias lena mu dengan mimpi indah…